Wednesday 9 March 2011

Sayangilah ibu anda sepenuh jiwa

Sayangilah ibu anda sepenuh jiwa
Kiriman: nurqush pada Isnin, 24 April, 2006 - 04:49 PM GMT


Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusuf (Utas Travel and Tours)

Mat ialah saudara rapat dengan saya. Orangnya baik dan rajin menunaikan ibadat. Dia memang kerap menghadiri ceramah-ceramah agama. Walaupun sibuk tapi jika ada kelapangan Mat pasti akan meluangkan masanya ke majlis-majlis ceramah itu.


Dengan hidayah Allah, salah satu ceramah agama yang dihadiri Mat telah menimbulkan kesedaran baru dalam dirinya. Menurut ustaz berkenaan, alangkah baiknya seorang anak jika menggunakan rezeki yang diperoleh untuk menghantar ibu bapanya menunaikan haji ataupun umrah.

Kata kata ustaz itu menyedarkan Mat yang selama ini dia cuma mencari rezeki untuk keluarganya. Memang dia pernah terfikir untuk menghantar ibunya ke Makkah, tapi hal itu tidak difikirkan dengan serius. Dia tidak benar-benar berusaha dan berkorban untukibunya.

Balik dari ceramah itu, Mat bertekad untuk menghantar ibunya yang telah berusia itu ke Makkah. Bapanya sudah meninggal dunia beberapa tahun sebelum itu. Bagaimanapun, timbul masalah pokok iaitu dari mana dia hendak mengumpul wang bagi membiayai penerbangan dan makan minum ibunya di tanah suci nanti?

Ketika itu tahun 1970 am dan tambang menunaikan haji lebih kurang RM4,000. Dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi, tentulah wang sebanyak itu cukup sukar untuk dikumpulkan.

Sedangkan untuk mendapat pendapatan yang mewah pun susah, inikan pula hendak mencari wang sebanyak RM4,000 dalam waku ygn suntuk. Mat termenung panjang memikirkannya.

'Walau macam mana sekali pun, aku mesti berusaha dan berkorban untuk emak,' tekadnya.

Walaupun kami bersaudara, dan saya rapat dengannya, Mat tidak memberitahu saya hasratnya itu. Dia cuma menyimpannya sendirian. Oleh kerana cita-citanya itu sudah tidak mempu tertahan lagi, Mat mengorek wangnya yang ada di sana sini.

Bagi menampung jumlah wang yang kurang, dia berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain memandu teksi, Mat juga memelihara lembu untuk menambahkan pendapatannya.

Seekor jantan dan seekor betina yang telah dipelihara hampir tujuh tahun. Bagaimanapun, sejak dipelihara belum pernah sekalipun ibu lembu itu bunting.Sedangkan lembu-lembu betina lain yang sebaya dengannya telah ada beberapa anak. Suatu hari dia memaklumkan hasratnya itu kepada adik beradiknya.

'Sekarang aku dah kumpul lebih kurang RM3,000, bolehlah untuk tambang emak pergi ke Makkah.

Jadi bagaimana kalau abang, adik dan kakak tampung sedikit lagi. Tak kiralah Rm 10 ke, RM 20 ke . . .asalkan tambah supaya kita semua dapat rahmatnya,' kata Mat.

Cadangan Mat itu disambut oleh adik beradiknya dengan senang hati. Sejak hari itu juga, mereka berusaha lebih tekun dan sebahagian rezeki itu dihimpun untuk ibu mereka. Berkat ketekunan mereka bersusah payah, akhirnya wang yang dikumpulkan mencukupi. Lalu ibunya dapat menunaikan haji.

Sesungguhnya jika rezeki itu dibelanjakan ke jalan yang baik, Allah akan melimpahkan lebih banyak rezeki kepada hambanya. Begitulah yang berlaku kepada Mat. Malah rezeki yang diperolehnya itu lebih banyak daripada wang yang dikeluarkan untuk menghantar ibunya ke Makkah.

Tanpa diduga, selepas ibunya mendaftar di Tabung Haji lembunya bunting buat kali pertama. Suatu petang tidak lama selepas ibunya balik dari Makkah, lembu betinanya itu melahirkan seekor anak. Mat mengmbutnya dengan gembira kerana itulah anak lembu pertama yang diperolehnya. Hajatnya adalah untuk menjadikan anak lembu itu sebagai penambah baka. Dengan itu, akan bertambahlah lembunya dan dapatlah dia menambahkan pendapatan. Selepas menunaikan solat Maghrib, Mat pergi sekali lagi melihat lembunya. Alangkah terperanjatnya Mat apabila lembu betinanya telah melahirkan seekor lagi anak dan tidak lama kemudian, lahir seekor lagi. Kelahiran tiga ekor anak lembu itu disambutnya dengan rasa penuh kesyukuran.

Sepanjang hayatnya belum pernah dia mendengar lembu melahirkan tiga ekor anak sekali gus. Keesokan harinya media tempatan melaporkan tentang kejadian aneh itu. Sejak itu jumlah lembu peliharaannya semakin bertambah dan tiga ekor anak lembut tersebut membesar dengan luar biasa. Badannya tegap, besar dan sihat. Beberapa tahun kemudian Mat menjual ketiga tiga ekor lembut itu.

Harganya ialah RM3,000. Sama jumlahnya dengan wang yang dikeluarkan untuk menghantar ibunya ke Makkah. Jumlah lembunya terus bertambah dari semasa ke semasa dan dia kemudiannya menjadi salah seorang meraih lembu yang paling hebat.

Tidak lama kemudian, Mat mendapat pula peluang untuk menjadi peniaga perabot. Pada mulanya dia bergiat secara sambilan tetapi apabila perniagaan itu bertambah maju. Mat melibatkan dirinya sepenuh masa. Teksi yang dibawanya sejak 15 tahu dijual. Hasil jualan itu dibuatnya pula modal membeli sebuah lori. Dengan lori itulah dia menghantar perabot kepada pelanggan.

Pada setiap tahun dia menjual antara 100 hingga 150 ekor lembu bagi tujuan perkahwinan, korban dan sebagainya. Keuntungan seekor lembu puratanya ialah RM500. Sekarang ini Mat menjadi seorang peniaga besar. Bagaimanapun dia tidak pernah lupa bahawa rezekinya itu semuanya bermula dengan RM3,000 melalui pengorbanan kepada ibunya.

'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dua tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua dua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jualah tempat kembali (untuk pembalasan)'. Surah Luqman 31:14.

No comments:

Post a Comment