Wednesday 9 March 2011

BALA YANG SEBENARNYA…

 BALA YANG SEBENARNYA…

 Bala bencana yang dihantar kepada seorang hamba
 Bukan ditimpa bencana alam
 Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup,gempa
 bumi menggoncang
 Tidak juga sakit teruk seperti barah yang garang
 Bukan juga ditohmah dan difitnah
 Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan
 dan diminum
 Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara bahkan dibunuh, itu
 bukan bala yang dahsyat
 Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman
 Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu
 cuai balik asal
 Keyakinan yang kental kembali longgar seperti bunga yang layu kerana tidak dijaga dengan rapi
 Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai

 Ibadah yang selama ini istiqamah sudah menjadi malas,
 culas bahkan membuatnya terseksa
 Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan
 baiknya
 Selepas ini sudah tidak diambil kira lagi
 Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan
 Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
 Takut kepada Tuhan tercabut dan hatinya
 Halal-haram sudah tidak diambil kira demi keuntungan dunia
 yang belum tentu mendapat untung
 Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
 Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
 Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya
 Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di
 hadapan kawan-kawan lamanya
 Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
 Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
 Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
 Setelah mendapat iman dibuang semula
 Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman

No comments:

Post a Comment