Tuesday 24 January 2012

Erti Sehelai Daun


Anis berteleku di bawah sebatang pohon yang merimbun. Angin petang yang begitu mendamaikan menyapa lembut wajahnya. Air mata yang menjadi tamu di pipi masih belum lagi kering.
Malahan ia semakin deras mengalir. Sederas air sungai terbentang di hadapan matanya. Rohnya bagai melayang-layang, membawa jiwanya entah ke mana. Lamunan Anis terhenti dengan sapaan lembut dari Zinnirah, teman baiknya semasa di puncak menara gading.
"Anis, kenapa kau bersendirian di sini?" Tanya Zinnirah dengan nada yang lembut.
Dia hanya mendiamkan diri.
"Anis...?"
"Hmm... mengubati hati aku yang tengah lara ni." Anis membalas dengan suara perlahan. Dia melepaskan keluhan berat. Zinnirah kemudiannya mengambil tempat di sebelah temannya itu.
"Anis, janganlah kau terlampau mengikut perasaan kau itu. Kita memang boleh sedih tapi biarlah bertempat. Kesedihan kau itu akan meragut ketenangan hidup kau. Memakan diri sendiri." Ujar Zinnirah memberi nasihat.
"Aku tahu tapi entahlah Ira. Aku sering terbuai-buai dengan rasa hati aku ni. Seksa jiwa dan batin aku. Aku rasa hidup aku ni tidak ada apa-apa makna lagi. Kosong!" Bentak Anis sedikit keras.
"Aku faham perasaan kau itu. Ingatlah pada Allah, Anis. Istighfar banyak-banyak. Jangan kau ikutkan bisikan Syaitan itu."
"Entahlah, Ira." Keluh Anis.
"Anis, siapa kata hidup kau tidak bermakna? Aku ingat lagi satu firman Allah."
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.' [ 95:4 ]
Anis merenung wajah lembut Zinnirah itu lalu tersenyum kelat. Dia terusik dengan kata-kata tajam temannya itu.
Zinnirah mengerti pandangan temannya itu. "Macam ni Nis, apa tujuan Allah menjadikan kita? Hanya satu permainan atau kebetulan kau dilahirkan di dunia ni? Bukankan?"
Anis mengangguk lemah, mengiyakan kata-kata temannya itu.
"Allah mencipta manusia ini untuk memikul amanah-Nya. Kau ingat lagi tak apa yang kita belajar dalam subjek Agama Islam dulu? Manusia dijadikan untuk menjadi Khalifah Allah. Berat sungguh tanggungjawab yang diberikan hinggakan gunung-ganang, langit dan bumi enggan menerimanya. Jadi janganlah kau katakan hidup kau kosong dan tidak bermakna hanya kerana ujian melanda diri kau, Anis." Panjang Zinnirah menjelaskan.
"Aku bukanlah nak bersyarah pada kau tapi sebagai sahabat, aku patut mengingatkan kau dengan tujuan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini." Ujarnya lagi sambil mengambil beberapa helai daun di tepi kakinya.
"Cuba kau lihat daun ni. Ada yang warna hijau ada yang warna coklat. Kalau kau tengok dedaun kat pokok itu, lagi bermacam warna kau akan nampak."
"Hmm... kenapa dengan daun ni? Apa kena mengena dengan masalah aku, Ira?" Tanya Anis dengan seribu satu persoalan bermain di benaknya. Tidak mengerti dengan pernyataan Zinnirah itu.
"Anis, cuba kau guna akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada kau. Kau gunakan mata hati untuk mencari jawapannya. Aku pasti kau akan bertemu dengannya."
"Kejap. Biar aku fikir." Ucap Anis.
"Aku rasa daun ni semata-mata daun saja. Fungsi daun ni untuk menghasilkan oksigen. Itu sajalah yang dapat aku fikirkan buat masa sekarang. Jawapan aku berdasarkan apa yang aku belajar dalam mata pelajaran Sains."
Zinnirah tersenyum mendengar jawapan Anis itu. "Anis, kita tak boleh pandang 'enteng' pada daun ni. Betul jawapan kau itu. Daun berfungsi untuk menghasilkan oksigen dan sebagainya. Apa yang kau nampak itu tersurat. Bagaimana pula dengan yang tersirat?"
"Anis, kalau kau tanya aku apa yang aku fikirkan bila aku tengok daun ni, senang saja jawapan aku."
"Apa dia?" Anis menanya.
"Daun ni adalah aku." Jawab Zinnirah pendek.
"Kenapa pula kau kata begitu? Aku tak faham." Balas Anis kebuntuan.
"Nak tahu ke kenapa aku jawab macam tu? Ok, sekarang kau perhatikan betul-betul daun ni. Sambil itu kau dengar jawapan aku ya?" Dia memberitahu kepada Anis.
"Ok." Anis mengangguk laju.
"Kau cuba bayangkan semasa kita masih kecil lagi. Masih mentah dengan ragam kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba. Kita tidak tahu apa-apa masa tu. Pengalaman zero. Betul tak apa yang aku katakan?" Soal Zinnirah.
"Ya, betul apa yang kau katakan tu." Balas Anis cepat-cepat.
"Sama juga macam daun ni. Semakin terang warna hijaunya, semakin muda usia daun tu. Hijau itu menunjukkan hidup kita yang baru hendak bermula. Kau setuju dengan kata-kata aku, Anis?"
"Setuju." Jawab Anis.
"Jadi aku ibaratkan daun hijau ni sebagai diri aku. Muda dan mentah dalam menghadapi hidup yang penuh dengan onak dan duri. Sama juga macam kau, Anis."
Zinnirah menyambung lagi, "Sekarang kau lihat pula pada daun yang berwarna coklat ni. Dah tak berapa lawa dan nampak rapuh. Kalau kau lihat daun coklat di atas pokok, ia tunggu masa saja untuk gugur ke tanah. Berbeza betul dengan daun hijau tadi. Segar dan mencantikkan pokok itu sendiri."
"Semakin gelap warna coklat pada daun ni semakin tua usianya. Bila sampai waktunya, ia akan gugur ke tanah. Macam manusia juga. Lagi tinggi usia seseorang itu, semakin banyak pengalaman hidupnya. Kerana apa? Semuanya kerana ujian, cabaran, suka dan duka dalam kehidupannya mengajar dia erti kehidupan sebelum Allah menjemputnya kembali."
"Ooo... baru aku faham sekarang. Terima kasih, Ira." Ucap Anis tersenyum manis. Terdapat riak kelegaan di wajahnya yang cerah itu.
"Sama-sama. Satu lagi aku nak tambah, semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita. Tepuk dada, tanya selera. Aku hendak kongsikan satu hadis yang aku baca semalam.
Abu Darda' R.A meriwayatkan daripada Nabi S.A.W sabdanya: 'Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkara pun pada timbangan amal orang Mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia (khuluqin hasan)' - Riwayat at-Tirmidhi dan Beliau mensahihkannya.
"Jadi, kita kenalah hiaskan diri dan hidup kita dengan akhlak-akhlak mulia seperti tabah, berfikiran positif dan sabar. Jangan mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu ujian. Memang, kadang-kala kita rasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung beban itu tapi kau kena ingat Anis, Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar."
Zinnirah menambah lagi. "Jangan lagi kau ada fikiran negatif macam tadi. Berdosa sebab kau meragu-ragukan takdir Allah."
"Ambil iktibar dari kejadian daun. Macam-macam kita boleh pelajari dari setiap ciptaan Allah kalau kita memahami apa yang tersirat dari kejadiannya. Letakkan pergantungan yang tinggi terhadap-Nya." Dia menambah lagi.
"Maafkan aku, Ira. Aku lalai. Aku lupa pada janji-janji Allah. Bisikan Syaitan lebih menguasai jiwa aku berbanding dengan kata-kata Allah. Terima kasih Ira, kerana mengingati diri aku yang mula alpa. Kau sememangnya sahabat aku dunia dan Akhirat." Kata Anis. Titik-titik mutiara mula terbentuk di tubir matanya itu. Zinnirah meraih jari-jemari Anis dengan segera lalu digenggam erat.
"Sekalah air mata kau itu. Cukuplah kau sudah sedar dengan khilaf kau. Aku sekadar menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat dan seorang Muslim. Kita ni hamba yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jadikan apa yang kita lalui sebagai pedoman dalam hidup ya, Anis. Jangan bersedih lagi. Senyumlah sikit. Kau nampak comel bila tersenyum. Bila masam, macam mak nenek tau." Ujar Zinnirah dengan nada sedikit mengusik temannya itu.
"Baiklah. Aku senyum sekarang. Apa lagi, ambillah gambar aku sekarang. Aku kan comel. Allah mencipta aku comel tau." Seloroh Anis sambil mengesat air matanya.
"Eh, kau ni. Riak la pula. Pantang kena puji." Ketawa Zinnirah mendengar jawapan Anis. Terasa lucu dengan perangainya.
"Terima kasih sekali lagi. Bolehlah kau jadi ustazah lepas ni." Kata Anis.
"Hendak memberi nasihat tak semestinya mesti ada 'title' ustazah. Sesiapa pun boleh bagi nasihat kerana kita mesti saling ingat-mengingati antara satu sama lain." Kata Zinnirah dengan penuh makna.
"Jomlah kita pulang. Hari semakin gelap. Tak elok anak dara keluar lama-lama."
Dua teman baik itu tersenyum dan mereka mula membuka langkah untuk pulang. Masing-masing memanjat kesyukuran terhadap Ilahi.

Monday 11 July 2011

aku sedih...
sedih sgt2!!!!
btul ke dia xade ati nga aku..
kenape dia ckp "sy xpnah smpn ape2 pom meme pd hkikt sy  mrah sngt ngn awk cz awk xdngr sy oyk sy kno mroh sy xleh trimo p ni smue dh jd let by gone be by gone.....sy hrap awk bleh bue prasaan 2 dr at awk"
aku x sngka dia akn ckp mcm ni...
aku sedih sgt2!!!
padahal aku ikhlas nk berkwn ngan dia tp knpe dia ckp mcm tu plak...
dia la cerita ay...dia juga la yg berade dlm ati sy...
sy thu mase skrng bkn la sesuai untuk brcinta...sy pon nk brjaya tp dlm mase yg mase sy nk brkwn dgn dia...
sy cinta akn dia bkn krn kecntikn nye...tp perwatakn dia yg sgt tegas...dia juga bragama...
patutkah sy berkwn dgn dia...n slps tamat pengajian sy nk dia jadi bkl sy...???

sy nk pendpt awk semua..

Saturday 26 March 2011

9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati




Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Air mata yang dilarang

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis karena cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan untukmu.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam ujian, mungkin kita kurang membuat persiapan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah bahawa rezeki itu adalah pemberian Tuhan


Oleh itu…

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekal untuk menginsafi atas segala kelalaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menetes membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali. Dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, yaitu mata yang menangis di waktu malam hari karena takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat diantaranya adalah seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar karena takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a

Aku dibuat menangis atas 3 perkara:

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu apakah aku akan masuk syurga ataukah neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahinya berkeringat.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cairan seperti ingus

…karena hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

"sampaikanlah dariku walau satu ayat" al hadis

Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Tuesday 22 March 2011

hati mati akibat ketawa selalu

Berita Agama Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud : "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.รข€� (Surah at-Taubah, ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.